Tiga : Jenis-jenis Zakat
A. Zakat Emas/Perak/Wang Kertas
· Dalil pensyariatan :- (at-Taubah:34)
(( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۗ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ. ))
)) Wahai orang-orang yang
beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama
(Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan
mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah)
orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada
jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang
tidak terperi sakitnya. ((
(( ليس فيما دونَ خمسِ أواقٍ صدقةٌ...)) (رواه البخاري في
صحيحه)
(( Tiada zakat bagi perak yang tidak cukup lima awaq ))
(( فإذا كانت لك مائتا درهم وحال عليها الحول
ففيها خمسة دراهم وليس عليك شيء يعني
في الذهب حتى يكون لك عشرون دينارا
فإذا كان لك عشرون دينارا وحال عليها الحول ففيها نصف دينار فما
زاد فبحساب ذلك ...)) (رواه أبو داود في سننه)
(( Sekiranya kamu memiliki dua ratus
dirham dan cukup padanya haul, maka atasnya
zakat sebanyak lima dirham dan sekiranya
kamu memiliki emas dua puluh dinar dan cukup
padanya haul, maka ke atasnya zakat sebanyak
satu per dua dinar. Apa yang melebihi dari
jumlah itu, begitulah kiraaannya ))
·
Nisob zakat :-
i.
Emas – 20 dinar, 1 dinar=4.25g, 20 dinar
= 85 gram
ii.
Perak – 5 awaq, 1 awqiah=40 dirham, 5
awaq = 200 dirham, 1 dirham = 2.975 g,
200 dirham = 595 gram
200 dirham = 595 gram
·
Kadar :- (2.5%)
i.
Emas – setiap 20 dinar, ½ dinar = 1/40
= 2.5%
ii.
Perak – setiap 200 dirham, 5 dirham =
1/40 = 2.5%
·
Kedudukan wang kertas (fiat money)
Ø
Terdapat beberapa pendapat mengenainya
termasuklah :-
a)
Wang kertas adalah kertas hutang (السند) , maka tidak dikenakan zakat.
b)
Wang kertas adalah fulus
(wang galian selain emas dan perak), maka tidak dikenakan zakat
c)
Wang kertas menggantikan
emas dan perak, maka dikenakan zakat.
d)
Wang kertas diperakui sah
dan bersifat authentic (bukannya sebagai ganti emas dan perak), maka ia
dikenakan zakat. Pendapat ini adalah pendapat terpilih (rojih) oleh Imam Malik
dan beberapa Majma’ Fiqh.
Isu-isu berkaitan
1. Menggabungkan nilai emas dan perak
·
Sekiranya anda mempunyai sejumlah emas
dan perak yang kedua-duanya tidak cukup nisob jika dinilai berasingan, tetapi
nilainya melebihi nisob jika dinilai bersama, maka perlulah nilai ini
digabungkan. Ini adalah pendapat yang terpilih (rojih) yang merupakan
pendapat Hanafiah, Malikiah dan disokong oleh Imam an-Nawawi (al-Majmu’, 6:15)
2. Emas yang dimaksudkan (85gram) ialah emas 999
(24karat). Sekiranya anda memiliki sejumlah emas selain 24karat, maka hendaklah
dinilaikan mengikut berat 85gram bagi jenis emas 999. Sebagai contoh, bagi emas
916, mungkin beratnya 100gram bersamaan dengan nilai 85gram emas 999, dan begitulah
seterusnya.
3. Perhiasan wanita daripada emas dan perak
·
Berlaku khilaf antara Hanafiah dan
Jumhur. Menurut Hanafiah, sekiranya perhiasan itu melebihi nisob walaupun nilainya
kurang berbanding uruf setempat, maka diwajibkan zakat.
·
Menurut Jumhur (Syafieyah, Malikiyah,
Hanabilah) pula, zakat hanya perlu dikeluarkan sekiranya nilai perhiasan itu
melebihi uruf setempat. Sekiranya ia melebihi nisob (85gram emas) tetapi
kurang daripada uruf, maka tidak perlu dizakatkan. Hal ini kerana, Islam
mengiktiraf perhiasan tersebut kepada wanita. Mazhab Jumhur berhujah
berdasarkan beberapa riwayat daripada Sahabat (al-athar) seperti
tindakan Sayidina Umar yang tidak mengeluarkan zakat perhiasan terhadap
anak-anak perempuannya.
4. Perhiasan wanita daripada intan permata
Walau bagaimanapun, terdapat khilaf dalam kalangan Ulama’ kontemporari tentang kadar nisob, seperti Dr. Ghofili berpendapat nisob ialah 610.5kg, manakala AAOIFI dan Sh. Yusuf al- Qaradawi berpendapat nisob ialah 653kg.
- Hukumnya seperti pendapat Jumhur terhadap perhiasan wanita daripada emas dan perak. Sekiranya jumlah nilai intan permata melebihi uruf setempat, barulah zakat wajib dikeluarkan.
B. Zakat Haiwan Ternakan
·
Ulama bersepakat bahawa zakat
diwajibkan ke atas unta, kambing dan lembu.
·
Syarat-syaratnya:-
a) Disepakati oleh Fuqoha’ – Cukup nisob dan
cukup haul
b)
Khilaf Fuqoha’ :-
i.
Digembala di padang ragut (kawasan
milik umum maka tiada kos untuk makanan haiwan).
ii.
Haiwan ternakan tidak diberikan tugas
lain seperti membajak dan menyiram.
-Hanafiah/Syafieyah yang rojih (الأصح)/Hanabilah mengatakan tidak dikenakan (rojih)
-Malikiah/Syafieyah pada satu pendapat, mengatakan haiwan seperti ini
dikenakan zakat.
1. Zakat unta :-
(( ليس
فيما دونَ خمسِ أواقٍ صدقةٌ، وليس فيما دون خمسِ ذوْدٍ صدقةٌ، وليس
فيما دون خمسِ أوسقٍ صدقةٌ )) – رواه البخاري-
·
Kadar wajib = terdapat hadis yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari (2:725), setiap 5 ekor, perlu dikeluarkan seekor
(pengiraan akan ditunjukkan di bawah).
2. Zakat kambing/biri-biri :-
·
Nisob = (al-Bukhari, 2: 725) Setiap 40
ekor, perlu dikeluarkan zakat seekor.
3. Zakat lembu/kerbau :-
·
Nisob = Setiap 30 ekor, perlu
dikeluarkan zakat seekor (rojih).
4. Zakat kuda :-
·
Jumhur – tidak perlu zakat kecuali kepada kuda yang ingin dijadikan perniagaan (Zakat Perniagaan)
·
Hanafiah – Dikenakan zakat tetapi
tiada kadar nisob, al-Qaradawi merojihkannya dan meletakkan nisob unta ialah
seperti nisob unta (5)
·
Al-Sabhani merojihkan kuda yang
diternak untuk diambil hasil-hasilnya seperti kulit,ladam,susu dan lain-lain
yang sesuai dikenakan zakat kerana ada padanya ciri (النماء).
·
Daripada sini kita dapat
lihat nilai fleksibel dalam hukum-hukum fiqh. Fuqoha’ telah meletakkan beberapa
ciri untuk menentukan sama ada harta tersebut wajib dikenakan zakat atau tidak.
Maka harta-harta baru yang tidak disebutkan dalam hadis, sekiranya ia
mengandungi ciri-ciri ini, maka ia dikenakan zakat seperti zakat terhadap saham
dan sukuk.
5. Zakat dikeluarkan dengan harta tersebut (العينية) atau dengan
nilainya (القيمية)
·
Jumhur – wajib keluarkan zakat dengan harta tersebut tidak boleh dengan
nilainya melainkan jika terdapat keperluan.
·
Hanafiah – Boleh keluarkan zakat dengan nilainya. ( Pendapat rojih )
6. Zakat Syarikat
·
Pengeluar zakat adalah manusia dan bukannya sebuah entiti. Oleh itu zakat syarikat dikenakan terhadap pemilik-pemilik
saham syarikat tersebut dan bukannya terhadap syarikat itu.
·
Hal ini kerana, terdapat kemungkinan
pemilik saham tidak menepati syarat-syarat pengeluar zakat seperti
penerangan sebelum ini. Contohnya, pemilik saham itu mempunyai hutang ataupun
pemilik saham tersebut adalah bukan Muslim. Sekiranya zakat dikenakan terhadap
syarikat, maka ketidakadilan boleh berlaku.
·
Tetapi, bagaimana pula zakat yang
dikeluarkan oleh Petronas? Penulis tidak mempunyai jawapan lain setakat
ini dan berpegang pada pendapat tiada zakat terhadap syarikat.
7. Hukum-hukum zakat pemilik dan binatang ternakan yang bercampur
·
Sekiranya terdapat dua atau lebih
pemilik dalam satu ladang ternakan, maka pemilikan tersebut dikira sebagai satu
pemilik. Zakat dikenakan mengikut nisbah bahagian mereka terhadap ternakan ini.
Contohnya, Rahim memiliki 30% ternakan dan zakat ladang ialah RM10 ribu, maka
bahagian zakat yang perlu Rahim bayar ialah 30% daripada nilai zakat itu.
·
Sekiranya pemilik-pemilik mengasingkan
pemilikan mereka kerana ingin mengelak daripada membayar zakat maka ia tidak
dibenarkan. Contohnya, ladang ternakan Taib dan Shah memiliki 70 ekor kambing,
masing-masing memiliki 35 ekor kambing. Maka zakat perlu dikeluarkan.
Tetapi apabila hampir haul (tempoh masa), mereka mengasingkan ternakan maka masing-masing
hanya memiliki 35 ekor kambing (tidak cukup nisob). Selang beberapa ketika
mereka menggabungkan kembali ternakan untuk
memudahkan urusan, maka pengiraan haul juga berubah. Helah ini tidak dibenarkan.
C. Zakat Tanaman dan Buah-buahan
1. Nisob zakat tanaman dan buah-buahan ialah 5 ausuq berdalilkan
hadis berikut :-
(( ليس
فيما دونَ خمسِ أواقٍ صدقةٌ، وليس
فيما دون خمسِ ذوْدٍ صدقةٌ، وليس فيما دون خمسِ أوسقٍ صدقةٌ )) – رواه البخاري-
2. Untuk pengiraan moden nisob adalah seperti berikut :-
Nisob = 5 أوسق
الوسق = 60 الصاع
الصاع = 2040g
5 أوسق = 612kg
الوسق = 60 الصاع
الصاع = 2040g
5 أوسق = 612kg
Walau bagaimanapun, terdapat khilaf dalam kalangan Ulama’ kontemporari tentang kadar nisob, seperti Dr. Ghofili berpendapat nisob ialah 610.5kg, manakala AAOIFI dan Sh. Yusuf al- Qaradawi berpendapat nisob ialah 653kg.
3. Kadar zakat adalah berbeza mengikut bentuk penyiraman dan pengairan berdasarkan hadis (al-Bukhari, 2:540) dan (Muslim, 2:675) kerana
berbezanya kos yang diperlukan. Kadar zakat adalah seperti berikut :-
a)
Penyiraman secara sepenuhnya ataupun
majoriti penyiraman daripada air hujan dan sumber air lain daripada alam
(pengusaha tidak menanggung sebarang kos penyiraman dan pengairan) kadar zakat ialah
10%.
b)
Penyiraman secara sepenuhnya ataupun
majoriti penyiraman adalah daripada pengusaha sendiri menggunakan sebarang
bentuk alat (pengusaha menganggung kos penyiraman dan pengairan) kadar zakat
ialah 5%.
c)
Separuh penyiraman adalah daripada air
hujan dan sumber air lain daripada alam dan separuh lagi adalah daripada
pengusaha sendiri dengan menggunakan alat (Pengusaha menganggung 50% kos
penyiraman dan pengairan) kadar zakat ialah 10% setelah ditolak jumlah
kos tersebut.
4. Zakat Madu :-
a) Fuqoha' berbeza pendapat sama ada madu perlu dikeluarkan zakat ataupun tidak. Hal
ini kerana tiada dalil yang jelas menyebut akan hal ini. Ibn Qudamah al-Maqdisi
telah menukilkan pendapat-pendapat ini dalam kitabnya (al-Mughni, 2:305) dan pembaca
bolehlah merujuk kitabnya.
b)
Namun, pendapat yang dirojihkan oleh
Prof. Dr Abd Jabbar al-Sabhany ialah madu perlu dikeluarkan zakat (setelah cukup
syarat-syaratnya) berdalilkan :-
i.
Dalil yang mewajibkan zakat adalah
bersifat umum (at-Taubah:103) dan (al-Baqoroh:267)
ii.
Terdapat beberapa al-athar yang menunjukkan perlu dikeluarkan zakat (abu daud, 2:109), (al-Baihaqi, 4:126).
iii.
Penggunaan Qias terhadap zakat tanaman
dan buah-buahan.
c)
Nisob
i.
Abu hanifah – tiada nisob, wajib zakat
walaupun sedikit (seperti mana pandangannya terhadap tiada nisob untuk tanaman
dan buah-buahan, penulis beranggapan ia adalah berdasarkan metod qias yang
digunakan.
ii.
Abu Yusuf – 5 ausuq
iii.
Resolusi oleh Persidangan Zakat (ندوة الزكاة) ke-8 –
75kg.
d)
Kadar
i.
Sekiranya madu itu mudah didapati
(tempat yang rendah dan sebagainya) ialah 10%.
ii. Sekiranya
madu itu sukar didapati (berada di atas bukit misalnya) ialah 5%.
D. Zakat Perniagaan
1. Zakat ini dikenakan terhadap semua aset yang tersedia untuk tujuan
perniagaan.
2. Mazhab Zohiriah berbeza dengan Jumhur Ulama’ dalam perkara ini
dengan mengatakan tiada zakat perniagaan. Hal ini jelas disebut oleh Ibn Hazm
(al-Muhalla, 5:209).
3. Jumhur Ulama’ mengatakan aset-aset yang tersedia perlu dizakatkan
berdasarkan dalil-dalil berikut :-
a)
Dalil yang mewajibkan zakat adalah
bersifat umum (at-Taubah:103) dan (al-Ma’rij:24,25).
b)
Terdapat juga dalil yang bersifat
khusus mengenainya (al-Baqarah:267). Imam at-Tobari dalam mentafsir ayat ini
mengatakan zakat perlu dikeluarkan terhadap sebarang bentuk perusahaan sama ada
perniagaan mahupun pembuatan (at-Tobari, 1;131)
c) Riwayat
Abu daud (2:95), menunjukkan
perintah Rasullullah untuk menguarkan zakat perniagaan.
4. Nisob zakat pernigaan adalah seperti zakat emas (85gram) dan
kadarnya ialah 2.5%, pendapat yang rojih mengatakan peniaga perlu
menilaikan jumlah aset perniagaan dengan harga semasa.
5. Isu : Harta yang dimiliki memiliki dua ciri zakat yang berbeza
a)
Contoh situasi : Seorang memiliki aset
perniagaan yang terdiri daripada haiwan ternakan.
b)
Maka, terdapat dua bentuk zakat pada
situasi ini iaitu zakat ternakan dan zakat perniagaan.
c) Terdapat pandangan sesetengah Fuqoha’ zakat dikeluarkan setelah
melebihi nisob haiwan ternakan meskipun masih belum melebihi nisob aset
perniagaan kerana zakat ternakan adalah zakat yang disepakati Ulama’ akan
kewajipannya.
d) Pandangan yang rojih ialah zakat dikeluarkan adalah aset
perniagaan dan bukannya haiwan ternakan kerana ini lebih memberi manfaat kepada
asnaf-asnaf yang berhak. Selain itu, zakat perniagaan juga tiada isu (اوقاص).
Kalkulator Zakat Perniagaan
E. Zakat
Harta Karun dan Galian
1.
Menurut Hanafiah, mereka tidak
membezakan harta karun dan galian. Kadar zakat ialah 20% (seperti kadar harta
rampasan perang). Hanafiah juga tidak mensyaratkan haul dan nisob, maknanya,
sebarang jumlah harta karun dan galian yang dijumpai hendaklah dikeluarkan
zakat sebanyak 20%.
2.
Menurut Jumhur pula, mereka membezakan
antara harta karun dan galian. Zakat harta karun pada Jumhur adalah seperti
pendapat Hanafiah, dan untuk galian ialah sebanyak 2.5%.
3.
Walau bagaimanapun, pendapat yang
rojih ialah harta karun dan galian merupakan milik umum (negara) dan tidak
boleh diswastakan sama sekali. Sekiranya negara tidak mampu untuk
menguruskannya kerana kekurangan teknologi dan seumpamanya, maka hendaklah ia
disewakan ataupun mengupah pihak luar untuk menguruskannya. Hasil kutipan hendaklah disalurkan kepada baitul mal umum dan bukannya baitulmal zakat.
F. Zakat Perolehan
1. Zakat perolehan ialah semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau
hasil yang diperoleh daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara
tetap atau sekali skala.
2. Di dalam istilah Bahasa Arab, ia dikenali sebagai (مال المستفاد) dan
selalu diterjemah sebagai zakat pendapatan. Namun, penulis berpendapat istilah
yang lebih tepat ialah zakat perolehan. Hal ini kerana perkataan ‘perolehan’
merangkumi maksud yang lebih menyeluruh.
3. Majoriti Ulama mewajibkan zakat ini namun mereka berbeza
pandangan sama ada ‘haul’ menjadi syarat ataupun tidak.
4. Sh. Yusuf al-Qaradawi berpendapat haul tidak disyaratkan. Maka
semua jenis perolehan yang cukup nisob (85 gram emas) maka perlu dikeluarkan
zakat. Hujah-hujah beliau adalah seperti berikut :-
a)
Tiada nas ‘sohih’ mahupun bertaraf
‘hasan’ mengenai ‘haul’.
b)
Tiada ‘haul’ adalah lebih dekat dengan
nas kewajipan zakat yang bersifat umum.
c)
Metod Qias terhadap zakat tanaman dan
buah-buahan yang tidak disyaratkan ‘haul’.
d)
Mensyaratkan ‘haul’ akan membuka ruang
kepada seseorang untuk menyalurkan harta tersebut kepada perkara lain.
e)
Tidak mensyaratkan ‘haul’ lebih
memberi manfaat kepada asnaf-asnaf zakat.
G. Zakat Hutang
1. Zakat Hutang yang dimaksudkan ialah adakah harta pemberi hutang
yang berada pada penghutang itu perlu dicampurkan dengan harta-harta pemberi
hutang yang lain untuk dikeluarkan zakat.
2. Jumhur Ulama’ berpendapat harta yang dihutangkan perlu dikeluarkan zakat sekiranya hutang
tersebut mampu dilangsaikan oleh penghutang.
3. Hutang seperti ini menurut Jumhur adalah seperti harta yang mampu
untuk dimiliki, seolah-olah seseorang itu memilikinya walaupun ia berada pada
pihak lain. Maka, zakat dikenakan sekiranya cukup haul dan nisob.
4. Oleh itu, wang-wang simpanan yang berada dalam bank (transaksi ini
adalah dianggap sebagai qard / loan) perlu dikeluarkan zakat sekiranya
cukup syarat-syaratnya.
H. Zakat Harta untuk Diambil Hasilnya (المستغلات)
1. Zakat ini boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu :-
a)
Hasil melalui sewa atas manfaat harta
seperti rumah, teksi dan sebagainya.
b)
Hasil melalui kilang dan kelengkapan
(peralatan seperti mesin) yang digunakan dalam menghasilkan produk tertentu. Ia
berbeza dengan aset perniagaan yang bertujuan untuk jual beli.
2. Ulama’ berbeza pendapat sama ada harta kategori ini perlu
dikeluarkan zakat ataupun tidak. Kelompok pertama berpendapat ia tidak perlu
dizakatkan berdasarkan dalil-dalil berikut:-
a)
Tiada nas yang menyebut tentang
kewajipannya, maka ia kembali kepada kaedah asal iaitu الأصل
براءة ذمّة.
b)
Perbincangan sebelum ini
yang mengecualikan alatan pertanian sama ada mesin mahupun haiwan daripada
zakat.
c)
Kelompok ini secaranya
umumnya menganggap kewajipan zakat adalah kepada hasil yang diperoleh daripada
harta (الدخول) bukannya
terhadap harta itu sendiri (الأصول).
3. Kelompok kedua mengatakan harta kategori ini perlu dizakatkan
(Pendapat ini adalah rojih). Kelompok ini adalah mereka yang meluaskan lagi
konsep zakat berdasarkan method Qias, Uruf dan sebagainya yang sesuai.
Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut :-
a)
Nas-nas tentang kefarduan zakat adalah
bersifat umum (at-Tawbah:103), (al-Baqarah:267).
b)
Hikmah pensyariatkan zakat dapat
dilihat dengan pendekatan meluaskan lagi konsep zakat dengan melihat kepada
i3llah (tempat hukum ditentukan) serta mengikut uruf semasa. Adalah tidak logik
seseorang yang memiliki 40 ekor kambing dikenakan zakat sedangkan seseorang
yang memiliki kilang dan rumah-rumah sewa tidak dikenakan zakat.
c)
I3llah kefarduan zakat terhadap harta
ialah harta tersebut memiliki ciri (النماء). Maka harta dalam kategori ini memiliki
ciri tersebut.
4. Kadar zakat ialah seperti zakat emas dan perak iaitu 2.5%. Kadar
ini diambil daripada hasil kutipan bersih harta sekiranya cukup nisob dan haul.
I. Zakat Bon
1. Bon ialah dokumen bertulis yang menyatakan bahawa pemegangnya
(pemiutang) memberi hutang (diketahui jumlah, tempoh matang dan mengandungi
riba) kepada pengeluarnya (penghutang).
2. Hukumnya seperti zakat hutang kerana transaksi ini adalah kontrak
hutang.
3. Kadar dan nisob zakat bon adalah seperti zakat emas dan perak.
4. Walau bagaimanapun, jumlah riba daripada transaksi ini mestilah
diasingkan dan diserahkan kepada badan yang sepatutnya dan digunakan untuk
maslahah umum.
J. Zakat Saham
1. Saham ialah satu dokumen yang memberi hak pemilikan syarikat
(berdasarkan peratus) kepada pemegangnya.
2. Saham juga dikenakan zakat kerana saham memiliki ciri-ciri harta
dan mengandungi unsur (النماء).
3. Kadar zakat adalah berbeza mengikut jenis syarikat. Kadar untuk
syarikat pembinaan ialah 10% dan kadar untuk syarikat perniagaan ialah 2.5%.
4. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah badan yang
bertanggungjawab dalam menyelia dan mengawal pasaran modal atau saham. Oleh itu,
untuk mendapatkan panduan yang lebih terperinci mengenai zakat saham, boleh
rujuk laman web Suruhanjaya sekuriti (SC).