Sunday, January 9, 2011

Semester 2 nak dekat dah...Jom Refresh!

Tahu kepada Faham. Faham kepada Menyampaikan


          Luruskan niat. Kita belajar kerana apa? Muaddal power ke atau untuk Ilmu? Menghafal dan faham untuk exam atau untuk amalan diri dan orang lain? Jangan pk muaddal kita macam mana..tapi pk, aku faham ke x apa yang ak belajar nh? Tapi muaddal kena pk gak untuk pressure diri..Ingat, never put yourself in a comfort zone! Ingat, Sheikh Ahmad Deedat hebat sebab tekanan dari orang kristian sekitarnya jadi pendorong beliau untuk kuasai ajaran Kristian. Khalifah jatuh sebab apa? Salah satunya sebab segalintir pihak berada dalam keadaan selesa.

          Proses belajar bermula daripada tidak tahu kepada tahu. Kemudian, dari kita tahu kepada faham. Yang paling susah ialah macam mana kita nak menyampaikan kefahaman yang ada kepada orang lain. Lepasan Universiti luar negara, siap siaga lah untuk menggalas cabaran dan tanggungjawab. Insya-ALLAH. Semat dalam dada, peluang datang Jordan adalah dari ALLAH. Ini AMANAH. Pesan Imam al-Ghazali, perkara yang paling berat ialah AMANAH. Pasti setiap saat di bumi Syam ini akan ditanya ALLAH kelak.

          Lagi susah untuk menyampaikan kefahaman dalam bentuk yang lebih mudah ikut level pendengar. Dahlah hang ambil Ekonomi Islam. Nak faham madah pun usaha kena lebih. Nak sampaikan kefahaman lagilah usaha kena berlipat ganda!!

          Macam mana kita nak tahu yang orang tuh betul2 faham dengan apa yg dia sampaikan? Contoh, bila ditanya pasal hadith kepada dia. Kalu dia boleh terang pasal hadith dan boleh kaitkan dengan Quran, hukum2 , suasana dan sebagainya. Maknanya, dari satu soalan dia boleh kaitkan dengan macam2..Kefahaman yang mendalam tuh.

   “Baguslah anta nih mustami3 walaupun mustami’ yang penting tetap kefahaman. 

   “Ana rasa nak mustami3 sem depan la..sem nh ana nak faham betul2 madah yang ana      ambil. Bila dah mantap baru ana Mustami3”

   “Masa ana amik madah Fiqh Ibadah dulu, ana azam hafal 1 dalil sebelum keluar                kelas..bila lecturer tengah marah student buat hal ana selak balik dan                              hafal..sebelum lecturer keluar kelas, ana hafal dalil..lama2 banyak la dalil hafal.” 

Begitulah pesan seorang senior aku. Betul juga tuh..aku lepas kelas buang masa..sambil2 nak tunggu member , baik aku hadal dalil. Lagi bagus! Lihat Sultan Muhammad al-Fateh, nak kecap kejayaan luar biasa tawan Kota Konstantinople, bukan mudah nak merancang dan melaksana.
          
          Jadinya, ambil la pengajaran..sebelum mula madah buat azam and target..baru betul belajar dengan matlamat. Nak berjaya kena rancang betul2. Nak jadi orang luar biasa, perancangan dan perlaksaan pun kena luar biasa!

          Aku sedang cari kaedah belajar untuk berubah dari tahu kepada faham, dari faham kepada menyampaikan, dari menyampaikan kepada orang mudah faham. Teringat Ustaz Iz’an ajar madah Ulum Quran. Aku  nampak kefahaman beliau yang mendalam terhadap subjek tuh. Tahu jalan ceritanya! Dapat gambaran subjek! Ingat, niat mesti lurus. Ingat balik kaedah Ustaz Putra, nak belajar, mula2 baca kitab or buku sekali habis. Dapatkan gambaran..xfaham xpe..janji pernah baca habis kulit ke kulit. Sambil baca cuba sedaya mungkin dapatkan kefahaman. Lepas tuh baru ulang2 bahagian yang patut. Ulang2..bila ulang-ulang, otak akan susun cantik je fail dalam otak. Inilah cara orang hafal Quran..baca ulang2..bila banyak kali baca, nanti otak tangkap dengan sendiri..Tapi ingat, lepas tahu, hafal, faham, sampaikan, bahasa mudah.

          Aku kena susun aulawiyat nh..apa yang nak hadam betul2. Aku minat Islamic Economic, Finance and Banking, , Usul Fiqh, Fiqh. Usuluddin dan perkara syariah lain minat gak, tapi biarlah orang yang dalam bidang menguasainya. So, mula sekarang kena faham dan menyampaikan IE, IF, IB, UF, n F!!  Aku rasa semua public figure aku menguasai bahagian2 nih.

          Teringat aku nasihat Ustaz Putra masa di INTEC dulu. Ustaz ada berkongsi sedikit teknik-teknik belajar (Study Smart ) yang beliau amalkan semasa belajar di University of Madinah dulu. Pesan Ustaz, kena ulangkaji semua subjek setiap hari. Tak payah lama pun takpe, tapi mesti buka buku sikit untuk setiap subjek walau 10 minit. Baca buku dari kulit ke kulit dan dapat kan idea buku itu. Dari situ terbit kefahaman. Ini yang aku cari-cari, macam mana untuk memahami subjek keseluruhannya. Kemudian, pesan ustaz, segmentkan buku tuh. Contoh, kalu buku tu ade 180 muka surat, maknanya kena bahagi 6 bahagian. Jadi, setiap bahagian ada 30 muka surat dan setiap bahagian adalah sejam. Kalau lebih sejam, otak dah tak fokus, bazir masa je kalau teruskan pembacaan. Maknanya 6jam diambil untuk habiskan buku tuh. Kalu sesi pertama dah habis baca dari muka surat 1-30 dalam masa 30 minit, baki lagi 30 minit ulang balik bahagian tadi sampailah cukup sejam. Ingat! Ulang juga adalah teknik belajar.

         Ustaz ade sebut juga pasal sistem pertindihan, tapi aku terlupa pulak. Hari tuh ingat bukan main, sekarang dah lupa. Itulah, Imam Syafie pesan ‘Ilmu ini ibarat binatang buas, ikatlah ilmu kamu dengan tulisan’..Rugi pulak tak tulis dulu. Teknik-teknik ini adalah antara cara untuk membaca dan menghafal al-Quran.

          Lepas tuh, Ustaz Putra ada juga kongsi cara Sleep Smart. Caranya ialah tidur lepas solat Isya’ dan bangun waktu tengah malam. Sebab, inilah tidur Sunnah yang Nabi Muhammad dan para sahabat amalkan.Tidur macam nih menjadi amalan sejak zaman sahabat terutama ketika perang. Malah, ada hadith mengenai larangan membuang masa selepas solat Isya’. Kenapa Nabi tidur lepas Isya’ kan? Saja-saja ke? Setelah dikaji, rupanya kualiti tidur sebelum tengah malam adalah 2 kali ganda! Maknanya, kalu tidur 3 jam lepas Isya’ sampai tengah malam maknanya kita telah tidur 6 jam! Bukankah sudah mencukupi. Bahkan, lagi banyak masa terluang lepas tuh untuk beribadah kepada Allah dan mengulangkaji pelajaran masing-masing.

          Teringat pulak post seorang sahabat Wilayah Ilmiah pasal karya Sun Tze ‘Art of War’. Sebuah karya falsafah yang masyur dan evergreen. Sesuai nak diaplikasikan dalam dunia sekarang, dalam hidup, peperiksaan, mungkin juga cara nak faham subjek…em, insya-Allah aku ikhtiarkan untuk aplikasi karya tuh untuk menuntut ilmu, mungkin disitu ada kaitan rahsia China mahir dalam business, sapa tahu kan.





Wednesday, January 5, 2011

Salam 2011 - Puisi Untuk Renungan

Di Atas Runtuhan Kota Melaka
Di atas runtuhan Melaka lama
Penyair termenung seorang diri
Ingat Melayu kala jayanya
Pusat kebesaran nenek bahari

Awan berarak mentilau bernyanyi
Murai berkicau bayu merayu
Kenang melayang ke alam sunyi
Teringat zaman yang lama lalu

Sunyi dan sepi, hening dan lingau
Melambai sukma melenyai tulang
Arwah Hang Tuah rasa menghimbau
Menyeru umat tunduk ke Tuhan

Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah
Satria moyang Melayu jati
Jaya perkasa, gagah dan mewah
‘Tidak Melayu hilang di bumi’

Wahai tuan Selat Melaka
Mengapa tuan berdiam diri?
Tidakkah tahu untung hamba
Hamba musafir datang ke mari

Di mana Daulat Yang Dipertuan
Mana Hang Tuah, mana Hang Jebat
Mana Bendahara johan pahlawan
Bukankah jelas di dalam babad

Adakah ini bekas peninggalan
Belahan diriku umat Melayu
Lemah dan lungai tiada karuan
Laksana bunga terkulai layu

Jauh di darat penyair melihat
Gunung Ledang duduk termangu
Tinggi menjulang hijau dan dahsyat
Hiasan hikayat nenekku dahulu

Penyair hanya duduk sendiri
Tapi keliling rasanya ramai
Bulu romaku rasa berdiri
Berubah warna alam yang permai





Ada rasanya bisikan sayu
Hembusan angina di Gunung Ledang
Entah puteri datang merayu
Padahal beta bukan meminang

Bukanlah hamba Sultan Melaka
Jambatan emas tak ada padaku
Kekayaanku hanya syair seloka
Hanya nyanyian untuk bangsaku

Bukan kuminta jambatan emas
Tapi nasihat hendak kuberi
Kenang-kenangan zaman yang lepas
Iktibar cucu kemudian hari

Sebelum engkau mengambil simpulan
Sebelum Portugis engkau kutuki
Inggeris Belanda engkau cemarkan
Ketahui dahulu salah sendiri

Sultan Mahmud Shah mula pertama
Meminang diriku ke Gunung Ledang
Segala pintaku baginda terima
Darah semangkuk takut menuang

Apalah daya Datuk Bendahara
Jikalau Sultan hanya tualang
Memikir diri seorang sahaja
Tidak mengingat rakyat yang malang

Berapa pula penjual negeri
Mengharap emas perak bertimba
Untuk keuntungan diri sendiri
Biarlah bangsa menjadi hamba

Ini sebabnya umat akan jatuh
Baik dahulu atau sekarang
Inilah sebab kakinya lumpuh
Menjadi budak belian orang

Sakitnya bangsa bukan di luar
Tetapi terhunjam di dalam nyawa
Walau diubat walau ditawar
Semangat hancur apalah daya

Janjian Tuhan sudah tajalli
Mulialah umat yang teguh iman
Allah tak pernah mungkirkan janji
Tarikh riwayat jadi pedoman

Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkatung
Berpeluk lutut berputus asa

Malang dan mujur nasibnya bangsa
Turun dan naik silih berganti
Terhenyak lemah naik perkasa
Bergantung atas usaha sendiri

Riwayat yang lama tutuplah sudah
Apalah guna lama terharu
Baik berhenti bermenung gundah
Sekarang dibuka lembaran baru

Bercermin pada sejarah moyang
Kita sekarang mengubah nasib
Di zaman susah atau pun riang
Tolong tetap dari Yang Ghaib

Bangunlah kasih, umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan nasib jadi kenangan

Semangat yang lemah dibuang jauh
Jiwa yang kecil kita besarkan
Yakin percaya, iman pun teguh
Zaman hadapan, penuh harapan

Bukanlah kecil golongan tuan
Tujuh puluh juta Indonesia
Bukan sedikit kita berteman
Sudahlah bangun bumi Asia

Kutarik nafas, kukumpul ingatan
Aku pun tegak dari renungku
Jalan yang jauh aku teruskan
Melukis riwayat sifat hidupku

Kota Melaka tinggallah sayang
Beta nak balik ke Pulau Percha
Walau terpisah engkau sekarang
Lambat launnya kembali pula
Walaupun luas watan terbentang
Danau Maninjau terkenang jua

~ Hamka

Andalusia, 'Melaka' bagi umat Islam dalam kenangan...