Sunday, March 22, 2015

Beruntunglah Menjadi Seorang Muslim Mukmin

          Islam agama yang syumul, menyeluruh lagi sempurna. Amat cocoklah ia hanya agama yang diredhai oleh Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi luas kekuasaan dan pemerintahan-Nya. Firman Allah ﷻ berikut menjelaskan kesempurnaan agama-Nya. Maka, carilah kamu satu kecacatan yang ada di dalam al-Quran sekiranya kamu mampu.

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَيۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ ٱخۡتِلَـٰفً۬ا ڪَثِيرً۬ا
"Apakah kamu tidak mentadabbur (benar-benar menghayati) al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan daripada Allah, sudah pasti kamu mendapati banyak perbezaan hujah-hujah di dalamnya" 
( an-Nisa':82 )

Islam agama motivasi

          Beruntunglah menjadi seorang Mukmin! Kita semua mengakui kehidupan ini penuh dengan ragam pentas lakonan. Suka duka silih berganti, cabaran bersama dugaan, nikmat serta ujian datang tanpa diduga. Ada waktu kita berada di atas, ada waktu kita berada di bawah. Ya! hidup umpama roda. Pesan Allah,
وَتِلۡكَ ٱلۡأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيۡنَ ٱلنَّاسِ وَلِيَعۡلَمَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ
"Dan begitulah hari-hari yang kami gilir-gilirkan antara sesama manusia supaya kami tahu siapakah antara mereka yang beriman" ( Ali Imran : 140 )


          
          Dalam satu Hadith sahih riwayat Muslim (Kitab az-Zuhdu wa ar-roqoiq:7692), Nabi Muhammad ﷺ bersabda :-



Maksudnya : Alangkah ajaibnya urusan orang Mukmin! Sesungguhnya apa sahaja urusan yang berlaku adalah baik untuknya, dan tidak ada mereka yang sebegitu urusannya melainkan hanya kepada orang Mukmin. Kerna, apabila dia mendapat sesuatu nikmat dan kebaikan maka dia bersyukur dan itu adalah baik untuknya. Manakala apabila sesuatu musibah kecelakaan menimpanya, dia bersabar maka itu juga adalah baik untuknya. 


          Dalam satu lagi Hadith sahih muttafaq alaih (al-Bukhary:5641 dan Muslim:2573), Nabi Muhammad ﷺ bersabda :-



Maksudnya : Tidaklah sesuatu yang menimpa seorang Muslim sama ada keletihan mahupun kepayahan, perasaan putus asa, keluh-kesah dan kerisauan, duka cita, gangguan dan kesusahan hati, bahkan sehingga duri yang mencucuknya, melainkan Allah menghapuskan dosa-dosanya dengan perkara-perkara tersebut.


          Maka, apabila kita menghadapi sesuatu perkara yang tidak kita gemari, sentiasalah ingat akan motivasi-motivasi yang Allah dan Nabi berikan. Moga-moga kita menjadi hamba dan umat yang sentiasa bersyukur dan bersabar.


No comments:

Post a Comment