Friday, July 25, 2014

Tesis Phd Dr. Muhd Tawfiq Ramadhan al-Buti


[ Common Sales and the effect of the Sale Restrictions (ضوابط المبيع) on their Legality, merupakan thesis Phd anak kpd Sh Said Ramadhan al-Buti, Dr. Muhd Tawfiq Ramadhan al-Buti di bawah penyeliaan Sh Wahbah Zuhaili. ]

Penulisan yang membahaskan secara terperinci kesan ciri-ciri (syarat-syarat) pada barang jualan yang diletakkan oleh para ulama berdasarkan dalil Quran dan Sunnah. Beliau membahagikan kesan syarat-syarat barang jualan kepada 4 bahagian :-
1. Kesan syarat barang jualan itu wujud (mesti ada).
2. Kesan syarat ‘mengetahui’ dgn jelas barang jualan.
3. Kesan syarat barang jualan itu mempunyai nilai di sisi Islam.
4. Kesan syarat barang jualan itu adalah bersih.

Antara perbahasan yang penting dan menarik dlm penulisannya ialah :-

• Serah terima barang jualan dan jaminan ke atasnya, membahaskan cara (القبض) menurut mazhab2.

• Membandingkan takrif harta mengikut mazhab2. Mengikut Sh al-Zarqa’ harta mestilah sesuatu mempunyai nilai secara konkrit bukannya abstract seperti haba. Maka, saya kira menurutnya, syarikat yang menjadikan tenaga solar sebagai barang jualan dengan mengenakan caj adalah tidak boleh (seperti yg dilakukan oleh sebuah negara di eropah, link tak ingat di mana).

• Membawa dan mengeluarkan teks pandangan mazhab-mazhab yang empat dri kitab2 fiqh mereka. Ini sgt membantu menjimatkan masa jika ingin membuat rujukan nnti, tidak perlu lagi selak sehelai-sehelai dan sebaris-sebaris 

• Adakah duit kertas mengambil tempat dan hukum duit emas dan perak? Kalau ya, maka hukum-hukum seperti zakat dan riba terpakai pada duit kertas. Penulis juga membawa pandangan ulama2 yang mengkiaskan wang kertas kepada ‘fulus’. Rupanya ramai ulama mutaakhirin mazhab2 yang empat berpendapat wang kertas tidak perlu kena zakat dan tidak mengambil hukum riba atas hujah2 tertentu, saya ingtkn sebelum ini soal dinar dirham dgn wang kertas ini khilaf kecil dan pandangan ganjil.

• Membincangkan bentuk jual beli yg rare dan ada yang kontemporari lah juga (tapi ulama2 silam dah pernah bincang pun, dgn teks-teks klasik yang penulis bawa)seperti:-
1. Intellectual property right
2. Jual beli anggota badan
3. Jual beli baja (kandungan pembuatan sebahagian jenis baja daripada najis)
4. Jual beli darah, bangkai, anjing untuk mengawal keselamatan
5. Jual beli hutang dgn membawa 5 bentuk bay ad-dayn bi ad-dayn.
6. Stock exchange

Fiqh Muamalat - Bagaimanakah kita melihatnya?

-Cara Fikir dalam Fiqh Muamalat Moden, Abdullah bin Marzuq al-Qarshi-

Penulisan ini agak rare bagi saya..

Kebiasaan buku-buku berkisar Kewangan Islam yang saya jumpa kesemuanya membicarakan perbahasan kontrak2 dari aspek keharusan dan keharamannya utk diaplikasikan dalam industri kewangan kontemporari (Muamalat Mua3soroh). Susunan timeline buku hampir sealiran, bermula dgn definisi mal (harta), kontrak2, gharar, riba dan i3llah pengharamannya kemudian aplikasi dan hukumnya kontemporari.

Tapi, dalam buku al-Tafkir al-Fiqhi fi al-Muamalat al-Mua3soroh, penulis mempersembahkan idea mengenai cara fikir yang sepatutnya dalam Fiqh dan difokuskan dalam bahagian Muamalat Mua3soroh.

Di awal buku, penulis menekankan perkara asal dalam muamalat ialah harus dan dalil/i3llah pengharaman adlh benda yang boleh difikirkan. Antara perkara penting beliau kritik (baca: beri pandangan) tetapi membuka mata dan menyuntik akal untuk berfikir ialah (sususan idea beliau adalah berdasarkan pemahaman saya, ada tertambah/terkurang ajinomoto dan hiberbola sikit) :-

1. Fiqh Muamalat (FM) dikatakan sukar dipelajari lalu menyebabkan ia kurang diminati ialah kerana ia disusun mengikut gambaran3 (struktur) dan tidak disusun mengikut tujuan/sebab pengsyariatannya. Hal ini menjadikan perbahasan FM panjang lebar dan kadang kala perbahasan2 ini tidak perlu pun dibincangkan kerana akan lari tajuk dan tujuan pensyariatan tersebut. Hal ini juga menyebabkan FM seolah untuk dihafal dan apabila berhadapan dgn akad2 baru mereka yg menghafal itu akan berhadapan masalah! Ini yang menyebabkan manhaj sesetengah mereka yg terlibat dlm bidang ini aneh dan tidak tetap seperti mengharamkan bay-inah tapi mengharuskan tawarruq masrofiy sedangkan acuan pendalilannya adlh sama.

2. Fiqh tidaklah semata-mata dibina atas gambaran2 tpi yang lebih penting ia terbina sebab ada tujuan pensyariatan (maqosid al-Syariah). Contoh mudah, apakah nilai puasa seseorang itu jika dlm tempoh puasa itu, matanya penuh dgn bermaksiat, mulutnya sering mencaci umpat, tangan dan kakinya sentiasa menyakitkan makhluk?

3. Mengapa perlu ada bab khas utk kontrak2 muamalat seperti ‘Salam’? Maka berapa puluh bab perlu ada? Adalah lebih baik dan tidak lari fokus kalau FM disusun mengikut tujuan pensyariatan. Contoh, keharusan Bay as-Salam adlh dgn ‘iqrar’ daripada Nabi tetapi dgn beberapa syrt: timbagan, sukatan dan tempoh masa mestilah diketahui oleh kedua-dua pihak. Syarat2 ini bgi mengelakkan Gharar. Maknanya, walaupun guna bay as-Salam yg harus, tpi tidak ikut syrt2nya maka ia tetap gharar. Jadi mengapa tidak FM disusun mengikut tujuan pensyariatan (gharar/riba/maysir) dan gambaran2 akad (sperti salam/inah dll) dibahaskan di bawah tujuan pensyariatan tersebut. Natijahnya, datanglah banyak mana pun gambaran2 baru akad yang kontemporari, mereka yang belajar FM akan tahu sama ada ia ada unsur gharar/riba/maysir ataupun tidak.

4. Perbahasan Fiqh juga sepatutnya tidak lari dari melihat aspek priority. Kitab2 fiqh klasik jauh lebih menumpukan perbahasan Riba al-Buyu3 berbanding Riba al-Duyun sedangkan Riba al-Duyun adalah Riba yang jelas pengharamannya dalam al-Quran, manakala Riba al-Buyu3 diharamkan atas kaedah sad al-zaroi3. I3llah pengharaman Riba al-Duyun adalah sepakat dlm semua mazhab iaitu (كل قرض جر نفعا فهو ربا ) sedangkan i3llah pengharaman Riba al-Buyu3 adlh khilaf dlm mazhab2 ( ada mazhab kata semua mknn, ada kata makanan ruji, ada kata hanya item dlm hadis sahaja). Bahkan, Riba Duyun adalah ‘peperangan’ sebenar ekonomi/kewangan/perbankan Islam dengan ekonomi/kewangan/perbankan Ribawi. Melihat kepada keperluan zaman, tidaklah salah jika susunan perbahasan FM dilihat kembali. Ia bukan satu kelemahan apatah lagi kesalahan . Mungkin ulama2 yang menulis kitab2 fiqh klasik melihat itu keperluan zaman mereka, maka zaman ini apakah keperluan yang perlu diletakkan dlm priority?

5. Beliau juga mgkrtik priority yg agamawan letakkan dlm perbahasan fiqh. Agamawan agak syadid dlm membincangkan hukum Riba Buyu’ sdgkan I3llah Riba jenis ini adlh khilaf antra fuqoha, tetapi agak lembut dan bertimbang rasa apabila bincang hukum Riba Duyun sedangkan Riba jenis ini sepakat ulama mengenai i3llah nya. Untuk lebih jelas, saya rasa begini, apabila transaksi berkaitan forex ataupun item ribawi yg 4 lagi seperti dalam hadis Ubadah bin Somit, hukumnya lebih syadid dan kena ikut betul2, tetapi dalam transansi bay al-Inah, Tawarruq biasa, Tawarruq Masrofiy hukumnya lebih bertimbang rasa dan lebih meraikan khilaf mazhab.

6. Ada juga perbahasan fiqh yang hasil perbahasannya sebenarnya tidak memberi kesan pada menentukan hukum dan hanya membuatkan FM lebih sarat dgn maklumat yang banyak dan pndapat2 yg banyak lalu menyebabkan FM dilihat bosan maka sedikitlah mereka yang mahu belajar FM secara serius dan formal. Contohnya, dalam kontrak kontemporari Murabahah to the Purchase Orderer (MPO), perbahasannya menjadi panjang sebab ada pandangan yang membezakan antara المواعدة الملزمة dan العقد seterusnya membawa pada bahas tentang هل الوعد ملزم ديانة و قضاء؟ . Membezakan istilah2 ini tidak memberi kesan pada penentuan hukum.

Dibahagian kedua buku ini, penulis menghuraikan contoh perbahasan ulama dalam 3 kontrak kontemporari: MPO, Diminishing Partnership dan Banking Tawarruq.

Serius banyak perkara baru tahu 

'Suasana' Lailatul Qadar selepas Ramadhan

-Prof. Dr. Hamka, Renungan Tasawuf Manisnya Iman,  Lailatul Qadar-

Hari ke-27 puasa bersama malam ke-28 Ramadhan. Mencari ‘suasana’ Lailatul Qadar selepas berakhir Ramadhan.

Membaca karangan pendek Buya Hamka mengenai Lailatul Qadar menemukan saya dengan satu istilah yang menarik yang boleh menjadi pautan untuk istiqamah selepas berakhirnya Ramadhan iaitu mencari ‘suasana’ Lailatul Qadar.

Ibadah pada malam yang semalam itu sama dengan ibadat 1000 bulan, kerana edaran siang malam tidaklah diukur dengan panjang pendeknya hari, tetapi dinilai dengan bekas yang ditinggalkan. Kadang 1000 bulan dilalui, ertinya umur sudah lebih 80 tahun tetapi kosong tidak ada isinya. Kadang, 1 bulan yang dilalui tetapi penuh terisi, terasa seolah telah melalui 100 bulan lamaya. Itulah dinamakan ‘Sakinah’, ketenangan yang diperoleh.

Buya Hamka menukilkan contoh, seorang pemuda merampas lembaran ayat Quran dari adiknya lantas membacanya berulang kali, maka datanglah suasana yang menentukan arah hidup manusia 1000 bulan itu, ‘Sakinah’ yang diperolehnya. Itulah Umar bin Khattab.

Anjuran untuk muhasabah diri amat membantu untuk merasai ‘Suasana’ ini kerana setelah selesai diri menanya diri, memang ada rasa yang terbuka. Dada jadi lapang, Nur memenuhi kalbu, pintu langit terbuka rasanya. Tenteram telah memenuhi jiwa. Saat itu pendek, tapi nilainya lebih dari 1000 bulan. Terasa waktu itu, Allah dekat sekali dan kita tidak berdiri sendiri.

Pandangan kita pada orang lain turut berubah. Jika mendapat keuntungan dari pertolongan seseorang, maka kepada Allah kita ucapkan syukur. Jika ada orang dengki kepada kita, berbuat jahat dan memfitnah kita, dendam kita hilang berganti dengan keinsafan bahawa dia hanya alat di dalam Tuhan melangsungkan ujian kepada kita.

 Inilah kekayaan yang timbul bilamana kita telah merasai ‘suasana’ Lailatul Qadar itu. Hanya sejenak tetapi nilainya melebihi 1000 bulan. Sehingga di dalam menghadapi mujur yang malang itu, hanya satu yang kita ingat iaitu Redha.

Maka, apakah Lailatul Qadar itu tidak khusus dalam bulan puasa sahaja? Memang tidak! Bahkan di dalam Ramadhan dan di luar Ramadhan, insya-Allah kita dapat merasai ‘Suasana’ Lailatul Qadar. Entah di belakang jenazah yang sedang dibawa ke kubur, entah di tengah kesibukan lalu lintas di kota besar, entah di dalam munajat sehabis tahajud tengah malam, entah di mana lagi.

Buya mengaitkan ayat surah al-Qadar:4 dan surah al-Fussilat:30, saya kira Tafsir al-Azhar karangan beliau juga menerangkan hal ini dengan lebih terperinci. Ayat ini menjadi petunjuk bahawa ‘Suasana’ Lailatul Qadar itu ada di luar Lailatul Qadar. Suasana itu adalah anugerah Ilahi kepada hambanya. Yang utama kepada kita sebagai hamba ialah berusaha untuk mendapat ‘suasana’ itu.

Pada saat-saat manusia tidur, Malaikat-malaikat naik menyampaikan doa orang yang memohon, dan turun menyampaikan Ijabah. Dalam 1 hadis qudsi bermaksud, “Wahai mana-mana hambaku yang memohon, maka aku berikan. Wahai mana-mana hambaku yang meminta ampun, kau ampunkan”. Demikianlah ‘suasana’ Lailatul Qadar ada juga di luar Lailatul Qadar. Tetapi dengan ayat-ayat yang istimewa Allah menganjurkan kita mengintai ‘Lailatul Qadar’ di dalam Ramadhan.

API dan ramah mesra bersama Dr.Mashitah dan rombongan / 25 dis 2010

ü     Aku menghadiri program Akses Pemikiran Islam anjuran MPPMJ dan PERMAI. Pelbagai input yang aku dapat..Niat aku direfreshkan oleh fasi, akh Syamil dan akh Salam (abg Tator)..
ü     Abg salam selalu pesan, hidup ini adalah pilihan dan setiap pilihan kita member kesan kepada perjalanan kehidupan kita yang kita corak sendiri.
ü     Contoh mudah, datang API dengan paksarela or sukarela. Kalau sukarela insya-ALLAH dapatlah input2 yang berguna untuk membina karekter diri dan begitulah sebaliknya.
ü     Program pertama ialah pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Ridwan bertajuk “Tasawwur Aqidah Islam”.
o   Iman ialah yakin
o   Islam ialah cara hidup
o   Ihsan ialah nilai tambah (check and balance) @ kusyuk dan 4.00 flat
o   Teras aqidah = Iman
o   Teras Iman = Syahadah
o   “Selagi Allah x hina aku, aku x kisah orang kata / kutuk aku sebab yang menilai baik buruk aku ialah Allah je.”
o   Albert Einstein ade baju sepattern je, “aku ade banyak lagi perkara yang nak dipikir dari pk baju ape yang nak pakai”

ü     Kedua, forum bertajuk “Winter ku berAPI” oleh panelis yang mantap la aku kira
o   Hidup ini adalah perjalanan untuk KEMBALI.
o   Bila x jelas matlamat, maka salah susun priority
o   Quran ibarat SURAT CINTA dari ALLAH…maka hayatilah surat CINTA itu!
o   Ilmu kena ulang….lebih baik belajar ilmu sikit tapi ilmu2 lama diulang dan
   tidak lupa
o   Nak berubah kena rancang, pelan2 dan cikit2
o   Nak paksa diri berubah, letak diri pada situasi (x) or (y)

ü     Tiba2 aku tersentuh dengan video penutup…Hati sanubariku diketuk seketika untuk bermuhasabah dan berpk…terpapar detik2 pasukan tentera pimpinan Sultan al-Fateh menawan kota Konstantinople…aku tahu kisah ini walau pun x begitu detail.
  
ü     Aku terfikir, kalau baginda mampu tembus tembok kota itu siapa pula yang bakal tembus tembok ekonomi Yahudi??? Yang begitu licik dan terperinci konspirasinya….?? Biar aku cerita sikit, mereka mewujudkan Fractional Reserve System (FRS) dan penggunaan wang fiat tanpa sandaran emas! Jadinya, duit yang kita ada sekarang nih, koyak jela xde kesan pun ( pada awalnya fiat money ade sandaran emas, sekarang sandarannya? Hanyalah keyakinan masyarakat dunia pada nilai USD ). Emas dengan yakin, apakah bezanya? FRS dan wang fiat nih la yang jadi isu hangat sekarang (Dis 2010/Jan 2011)..Umat Islam nak guna Dinar Emas ke masih nak teruskan guna wang fiat? Tanyalah pada yang ahli ye.. (Lihat UZAR dan dinar2dirham.com kat sebelah)

ü     Ingat kembali kisah setelah baginda berjaya menembus kota itu..baginda adalah muslim yang tidak pernah tinggal solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajud sejak akil baligh!!! Nak menyumbang seperti itu, maka ikutlah jalan ini! Moga2 usahamu dirahmati Allah..
ü     Aku tahu siapalah diri ini untuk sebaris dengan mereka2 yang aku mahu jejaki…tapi tidak mengapa, tidak mampu menjadi seperti mereka itu adalah pilihan ALLAH. Tapi aku mahu meletakkan diri berada pada jalan mereka…itu pilihan aku dan hak semua insan yang mahu menjadi seperti mereka,,aku yakin yang memimpin jalan ini adalah individu tercinta Nabi Muhammad.

ü     Akhir program ialah beramah mesra dengan deligasi tersebut.
o   Berfikir di luar kotak (kadang tergelak balik bila teringat jawapan
   deligasi tuh)
Moral of the story : nak tanya soalan kena ade ayat untuk back up soalan kita tuh barulah jawapannya seperti yang kita nak, kalu tak kena pancung jela soalan tuh..


Sunday, January 9, 2011

Semester 2 nak dekat dah...Jom Refresh!

Tahu kepada Faham. Faham kepada Menyampaikan


          Luruskan niat. Kita belajar kerana apa? Muaddal power ke atau untuk Ilmu? Menghafal dan faham untuk exam atau untuk amalan diri dan orang lain? Jangan pk muaddal kita macam mana..tapi pk, aku faham ke x apa yang ak belajar nh? Tapi muaddal kena pk gak untuk pressure diri..Ingat, never put yourself in a comfort zone! Ingat, Sheikh Ahmad Deedat hebat sebab tekanan dari orang kristian sekitarnya jadi pendorong beliau untuk kuasai ajaran Kristian. Khalifah jatuh sebab apa? Salah satunya sebab segalintir pihak berada dalam keadaan selesa.

          Proses belajar bermula daripada tidak tahu kepada tahu. Kemudian, dari kita tahu kepada faham. Yang paling susah ialah macam mana kita nak menyampaikan kefahaman yang ada kepada orang lain. Lepasan Universiti luar negara, siap siaga lah untuk menggalas cabaran dan tanggungjawab. Insya-ALLAH. Semat dalam dada, peluang datang Jordan adalah dari ALLAH. Ini AMANAH. Pesan Imam al-Ghazali, perkara yang paling berat ialah AMANAH. Pasti setiap saat di bumi Syam ini akan ditanya ALLAH kelak.

          Lagi susah untuk menyampaikan kefahaman dalam bentuk yang lebih mudah ikut level pendengar. Dahlah hang ambil Ekonomi Islam. Nak faham madah pun usaha kena lebih. Nak sampaikan kefahaman lagilah usaha kena berlipat ganda!!

          Macam mana kita nak tahu yang orang tuh betul2 faham dengan apa yg dia sampaikan? Contoh, bila ditanya pasal hadith kepada dia. Kalu dia boleh terang pasal hadith dan boleh kaitkan dengan Quran, hukum2 , suasana dan sebagainya. Maknanya, dari satu soalan dia boleh kaitkan dengan macam2..Kefahaman yang mendalam tuh.

   “Baguslah anta nih mustami3 walaupun mustami’ yang penting tetap kefahaman. 

   “Ana rasa nak mustami3 sem depan la..sem nh ana nak faham betul2 madah yang ana      ambil. Bila dah mantap baru ana Mustami3”

   “Masa ana amik madah Fiqh Ibadah dulu, ana azam hafal 1 dalil sebelum keluar                kelas..bila lecturer tengah marah student buat hal ana selak balik dan                              hafal..sebelum lecturer keluar kelas, ana hafal dalil..lama2 banyak la dalil hafal.” 

Begitulah pesan seorang senior aku. Betul juga tuh..aku lepas kelas buang masa..sambil2 nak tunggu member , baik aku hadal dalil. Lagi bagus! Lihat Sultan Muhammad al-Fateh, nak kecap kejayaan luar biasa tawan Kota Konstantinople, bukan mudah nak merancang dan melaksana.
          
          Jadinya, ambil la pengajaran..sebelum mula madah buat azam and target..baru betul belajar dengan matlamat. Nak berjaya kena rancang betul2. Nak jadi orang luar biasa, perancangan dan perlaksaan pun kena luar biasa!

          Aku sedang cari kaedah belajar untuk berubah dari tahu kepada faham, dari faham kepada menyampaikan, dari menyampaikan kepada orang mudah faham. Teringat Ustaz Iz’an ajar madah Ulum Quran. Aku  nampak kefahaman beliau yang mendalam terhadap subjek tuh. Tahu jalan ceritanya! Dapat gambaran subjek! Ingat, niat mesti lurus. Ingat balik kaedah Ustaz Putra, nak belajar, mula2 baca kitab or buku sekali habis. Dapatkan gambaran..xfaham xpe..janji pernah baca habis kulit ke kulit. Sambil baca cuba sedaya mungkin dapatkan kefahaman. Lepas tuh baru ulang2 bahagian yang patut. Ulang2..bila ulang-ulang, otak akan susun cantik je fail dalam otak. Inilah cara orang hafal Quran..baca ulang2..bila banyak kali baca, nanti otak tangkap dengan sendiri..Tapi ingat, lepas tahu, hafal, faham, sampaikan, bahasa mudah.

          Aku kena susun aulawiyat nh..apa yang nak hadam betul2. Aku minat Islamic Economic, Finance and Banking, , Usul Fiqh, Fiqh. Usuluddin dan perkara syariah lain minat gak, tapi biarlah orang yang dalam bidang menguasainya. So, mula sekarang kena faham dan menyampaikan IE, IF, IB, UF, n F!!  Aku rasa semua public figure aku menguasai bahagian2 nih.

          Teringat aku nasihat Ustaz Putra masa di INTEC dulu. Ustaz ada berkongsi sedikit teknik-teknik belajar (Study Smart ) yang beliau amalkan semasa belajar di University of Madinah dulu. Pesan Ustaz, kena ulangkaji semua subjek setiap hari. Tak payah lama pun takpe, tapi mesti buka buku sikit untuk setiap subjek walau 10 minit. Baca buku dari kulit ke kulit dan dapat kan idea buku itu. Dari situ terbit kefahaman. Ini yang aku cari-cari, macam mana untuk memahami subjek keseluruhannya. Kemudian, pesan ustaz, segmentkan buku tuh. Contoh, kalu buku tu ade 180 muka surat, maknanya kena bahagi 6 bahagian. Jadi, setiap bahagian ada 30 muka surat dan setiap bahagian adalah sejam. Kalau lebih sejam, otak dah tak fokus, bazir masa je kalau teruskan pembacaan. Maknanya 6jam diambil untuk habiskan buku tuh. Kalu sesi pertama dah habis baca dari muka surat 1-30 dalam masa 30 minit, baki lagi 30 minit ulang balik bahagian tadi sampailah cukup sejam. Ingat! Ulang juga adalah teknik belajar.

         Ustaz ade sebut juga pasal sistem pertindihan, tapi aku terlupa pulak. Hari tuh ingat bukan main, sekarang dah lupa. Itulah, Imam Syafie pesan ‘Ilmu ini ibarat binatang buas, ikatlah ilmu kamu dengan tulisan’..Rugi pulak tak tulis dulu. Teknik-teknik ini adalah antara cara untuk membaca dan menghafal al-Quran.

          Lepas tuh, Ustaz Putra ada juga kongsi cara Sleep Smart. Caranya ialah tidur lepas solat Isya’ dan bangun waktu tengah malam. Sebab, inilah tidur Sunnah yang Nabi Muhammad dan para sahabat amalkan.Tidur macam nih menjadi amalan sejak zaman sahabat terutama ketika perang. Malah, ada hadith mengenai larangan membuang masa selepas solat Isya’. Kenapa Nabi tidur lepas Isya’ kan? Saja-saja ke? Setelah dikaji, rupanya kualiti tidur sebelum tengah malam adalah 2 kali ganda! Maknanya, kalu tidur 3 jam lepas Isya’ sampai tengah malam maknanya kita telah tidur 6 jam! Bukankah sudah mencukupi. Bahkan, lagi banyak masa terluang lepas tuh untuk beribadah kepada Allah dan mengulangkaji pelajaran masing-masing.

          Teringat pulak post seorang sahabat Wilayah Ilmiah pasal karya Sun Tze ‘Art of War’. Sebuah karya falsafah yang masyur dan evergreen. Sesuai nak diaplikasikan dalam dunia sekarang, dalam hidup, peperiksaan, mungkin juga cara nak faham subjek…em, insya-Allah aku ikhtiarkan untuk aplikasi karya tuh untuk menuntut ilmu, mungkin disitu ada kaitan rahsia China mahir dalam business, sapa tahu kan.





Wednesday, January 5, 2011

Salam 2011 - Puisi Untuk Renungan

Di Atas Runtuhan Kota Melaka
Di atas runtuhan Melaka lama
Penyair termenung seorang diri
Ingat Melayu kala jayanya
Pusat kebesaran nenek bahari

Awan berarak mentilau bernyanyi
Murai berkicau bayu merayu
Kenang melayang ke alam sunyi
Teringat zaman yang lama lalu

Sunyi dan sepi, hening dan lingau
Melambai sukma melenyai tulang
Arwah Hang Tuah rasa menghimbau
Menyeru umat tunduk ke Tuhan

Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah
Satria moyang Melayu jati
Jaya perkasa, gagah dan mewah
‘Tidak Melayu hilang di bumi’

Wahai tuan Selat Melaka
Mengapa tuan berdiam diri?
Tidakkah tahu untung hamba
Hamba musafir datang ke mari

Di mana Daulat Yang Dipertuan
Mana Hang Tuah, mana Hang Jebat
Mana Bendahara johan pahlawan
Bukankah jelas di dalam babad

Adakah ini bekas peninggalan
Belahan diriku umat Melayu
Lemah dan lungai tiada karuan
Laksana bunga terkulai layu

Jauh di darat penyair melihat
Gunung Ledang duduk termangu
Tinggi menjulang hijau dan dahsyat
Hiasan hikayat nenekku dahulu

Penyair hanya duduk sendiri
Tapi keliling rasanya ramai
Bulu romaku rasa berdiri
Berubah warna alam yang permai





Ada rasanya bisikan sayu
Hembusan angina di Gunung Ledang
Entah puteri datang merayu
Padahal beta bukan meminang

Bukanlah hamba Sultan Melaka
Jambatan emas tak ada padaku
Kekayaanku hanya syair seloka
Hanya nyanyian untuk bangsaku

Bukan kuminta jambatan emas
Tapi nasihat hendak kuberi
Kenang-kenangan zaman yang lepas
Iktibar cucu kemudian hari

Sebelum engkau mengambil simpulan
Sebelum Portugis engkau kutuki
Inggeris Belanda engkau cemarkan
Ketahui dahulu salah sendiri

Sultan Mahmud Shah mula pertama
Meminang diriku ke Gunung Ledang
Segala pintaku baginda terima
Darah semangkuk takut menuang

Apalah daya Datuk Bendahara
Jikalau Sultan hanya tualang
Memikir diri seorang sahaja
Tidak mengingat rakyat yang malang

Berapa pula penjual negeri
Mengharap emas perak bertimba
Untuk keuntungan diri sendiri
Biarlah bangsa menjadi hamba

Ini sebabnya umat akan jatuh
Baik dahulu atau sekarang
Inilah sebab kakinya lumpuh
Menjadi budak belian orang

Sakitnya bangsa bukan di luar
Tetapi terhunjam di dalam nyawa
Walau diubat walau ditawar
Semangat hancur apalah daya

Janjian Tuhan sudah tajalli
Mulialah umat yang teguh iman
Allah tak pernah mungkirkan janji
Tarikh riwayat jadi pedoman

Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkatung
Berpeluk lutut berputus asa

Malang dan mujur nasibnya bangsa
Turun dan naik silih berganti
Terhenyak lemah naik perkasa
Bergantung atas usaha sendiri

Riwayat yang lama tutuplah sudah
Apalah guna lama terharu
Baik berhenti bermenung gundah
Sekarang dibuka lembaran baru

Bercermin pada sejarah moyang
Kita sekarang mengubah nasib
Di zaman susah atau pun riang
Tolong tetap dari Yang Ghaib

Bangunlah kasih, umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan nasib jadi kenangan

Semangat yang lemah dibuang jauh
Jiwa yang kecil kita besarkan
Yakin percaya, iman pun teguh
Zaman hadapan, penuh harapan

Bukanlah kecil golongan tuan
Tujuh puluh juta Indonesia
Bukan sedikit kita berteman
Sudahlah bangun bumi Asia

Kutarik nafas, kukumpul ingatan
Aku pun tegak dari renungku
Jalan yang jauh aku teruskan
Melukis riwayat sifat hidupku

Kota Melaka tinggallah sayang
Beta nak balik ke Pulau Percha
Walau terpisah engkau sekarang
Lambat launnya kembali pula
Walaupun luas watan terbentang
Danau Maninjau terkenang jua

~ Hamka

Andalusia, 'Melaka' bagi umat Islam dalam kenangan...

Friday, December 31, 2010

2010 – Masa berlalu tidak akan kembali


          Tirai tahun 2010 bakal dilabuhkan beberapa detik lagi. 2011 pula bakal kutempuhi. Aku rasakan 2010 amat bermakna bagiku untuk kukenang sepanjang hidup, memori suka duka, tawa tangis silih berganti. Kuharapkan 2010 menjadi tahun yang kuingat sehingga ke akhir hayat selagi jasad dikandung badan, selagi nafas dihirup segar.

          Dimulai tabir 2010 dengan penuh debaran kerana menanti detik keputusan SPM’09 diumumkan. Cuti yang kusangka panjang, terpaksa dipendekkan kerana aku dikerah untuk berkhidmat untuk Negara, PLKN! Kem yang bermula pada 4 Januari sehinggalah sehari sebelum SPM diumumkan. Tiga bulan aku disana cukup banyak untuk dinukilkan dan diambil pengajaran buat diriku. Aku ‘dipaksa’ terjun ke medan muda-mudi zaman kini yang berbagai latar belakang tanpa mengira kaum. Barulah aku tahu situasi sebenar masyarakat, umat Islam generasi sebayaku.

          Terkejut dan kecewa dengan situasi yang kuhadapi, aku mesti mengubahnya! For things to change I must change first! Sememangnya sedikit perasaan kurang selesa aku alami ketika bergaul dengan sebilangan teman-temanku se’kem’, mana tidaknya atmosfera aku berbeza sebelum ini. Bergelar lepasan ‘Anak Bumi Waqafan’ aku mesti cuba terdaya untuk mengubah. Baru aku tahu sebenarnya nikmat menjadi anak Bumi Waqafan ketika ini. Setidaknya situasi yang kualami memaksa aku untuk menjadi rakan yang menasihati dan membimbing, aku belajar menjadi daie. Sekalung terima kasih kuucapkan pada Cikgu Nasrizal, Salleh, Umar, Syed, Amir dan lain-lain yang bersama berganding bahu dalam tugas ini. Banyak aku belajar dari kalian.

          Tidak tergambar kesulitan yang kualami dalam warkah yang ini, biarlah ia menjadi ingatan sepanjang zaman. Semangat aku yang down sebagai daie terasa terpanggil semula ketika bertemu dengan Afiq Hizamie di Kem TLDM, Lumut. Pelukkan teman seangkatan di Blok Omar mengembalikan semangat aku untuk terus menjadi daie dalam masa tidak sampai sebulan lagi. Bagiku, rakan-rakan di Bumi Waqafan, kalian wajib terpilih ke kem itu baru kalian merasa erti ‘turun padang’. Itulah yang aku belajar, apabila keadaan memaksa, kita mesti memaksa diri untuk melakukannya walaupun sukar dan tidak biasa, itupun kalau kita rasa bertanggungjawab.

          Dengan pakaian seragam PLKN aku bersama keluarga ke Klang untuk bersama menantikan detik SPM diumumkan. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Aku bersyukur atas kejayaan yang diberi. Hatiku semakin bersemangat untuk menimba ilmu apabila aku melihat mata emak dan abah ku berair tanda gembira tatkala melihat slip keputusanku. Tidak ada lagi kepuasan bagi seorang anak apabila berjaya menggembirakan kedua ibu-bapanya. Ya Allah, pasti hatiku sebak apabila mengenangkan detik gembira ini. Apakah ia juga rezekiku pada masa-masa akan datang? Moga-moga segala urusanku dipermudahkan.

          Perjalanan diteruskan lagi. Aku mendaftar di INTEC, Uitm pula. Doaku untuk meneruskan pengajian dalam Iqtisad Islami dikabulkan. Persediaan tiga bulan disini cukup bermakna bagiku. Walaupun pendek, tapi kurasakan ibarat setahun aku disitu. Pasti tidak kulupakan hidupku di INTEC. Diri ini kulatih menjadi tidak ­exam oriented. Paling aku suka ialah belajar Islamic Banking dengan Prof. Ramawan. Walaupun kadang-kadang tidak faham, dari situ timbul sifat ingin tahu, maka aku semakin minat dengan bidangku. Umar Chapra Jr. , Ust.Zaharuddin in future menjadi doa rakan-rakan, terima kasih sahabat-sahabat MEC01!! Kadang-kadang hati menjadi sebak bila teringat kelas itu ditinggalkan.


          Pengisian ilmu di INTEC amat memuaskan aku. Terima kasih Ust. Redha atas tunjuk ajar yang tidak pernah jemu dan keringatmu yang tidak pernah kenal erti penat. Kata-katamu “Hanya orang yang sibuk je yang ade masa” menjadi azimatku untuk menyibukkan diri di Yarmouk. Pelbagai ilmu yang ku pelajari, dari isu kalimah Allah, Judi Bola, Dinar Emas, Syoknya Kahwin sampailah tazkirah Ramadhan sebelum aku berangkat. Pesanmu “kuasai Usul Fiqh” menjadikan aku makin bersemangat disini. Tiga bulan di INTEC cukup terisi rasanya. Aku yakin setiap hari, pasti aku belajar sesuatu yang baru sama ada di kelas mahupun ketika daurah ilmu.           

          Masa terus berjalan tanpa mampu ditahan mahupun sesaat. Itulah lumrah kehidupan. Tidak pernah sekali-kali masa menunggu manusia. Saat-saat terakhir sebelum berangkat, ku isi dengan membaca buku-buku yang bakal ku tinggalkan sendirian dibilikku selama empat tahun. Catatan isi penting juga aku buat moga-moga intipatinya dapat sentiasa ku amalkan.

          Perasaan bercampur baur tatkala menunggu hari-hari untuk berangkat. Keakraban bersama keluarga tercinta saat terakhir di KLIA kusematkan kukuh dihati. Lafaz pesanan terakhir emak dan tepukan semangat abah masih segar dalam memori. Meskipun jauh, tapi kurasakan dekat. Maka, sampailah aku ke Dataran Syam yang diberkati, Jordan. Sekali lagi, doaku untuk menjejakkan kaki disini dikabulkan Allah. Hanya lafaz syukur yang mampu kuucapkan atas nikmat-Nya yang tidak terhitung.

          Ku selitkan secebis pengalaman di Irbid, bumi yang bakal kudiami lagi empat tahun. Sekejap je rasanya dah masuk bulan keempat. Pantas benar masa berlalu. Langkah dimulakan dengan azam dan strategi yang rapi. Begin with end in mind, cuba tinggal untuk dilaksanakan. Disinilah perlunya Mujahadah. Tanpa Mujahadah tiada nilai lah strategi yang diatur. 

          AJK Persegaran?! Kuharungi dengan sabar dan tabah bagi menjayakan Program Gempur MMY. Krisis hanya mendedahkan sikap, kamu perlu lebih banyak belajar untuk sabar! Eh, kamu perasan tak, semakin sibuk semakin banyak masa? semakin rajin sentuh buku...Maka tepatlah, hanya orang yang sibuk sahaja yang punyai masa. Saat kita kesempitan baru tahu erti masa lapang, baru tahu betapa mahalnya harga sesaat! Bertindih tugas perlu kepada Aulawiyat, gagal memlilih aulawiyat bermakna matlamat tidak jelas, masih kabur.

          Acara terakhir ialah mentasjil subjek semesta kedua. Sekali lagi kesabaran diuji. Ingat, apabila meminta yang terbaik daripada Allah, maka tawakal kepada-Nya menjadi kunci kesabaran. Yakinlah segala yang ditentukan adalah yang terbaik untuk hamba-Nya. Bukankah Dia yang mencipta kamu? Alhamdulillah, kegelisahan pada awal pentasjilan diakhiri dengan kesyukuran. Ya Allah, bantulah aku untuk menghadapi cabaran pada semesta seterusnya. Ingat!! Belajar untuk kefahaman no.1, tapi score muaddal bukan no.2!

          Ku simpulkan warakah ini dengan harapan yang lahir dari hati: Sekiranya diberi peluang untuk kembalikan masa, pasti kupinta agar dikembalikan aku menjadi anak didik Bumi Waqafan. Sedikit kekesalan kerana peluang tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjadi hamba Allah yang luar biasa. Tapi Allah Maha Adil, diberinya kamu peluang kedua. Peluang untuk menjadi tetamunya di Dataran Mulia ini, peluang menjadi penuntut ilmu di perantauan di Bumi bertuah ini. Maka, jangan kamu ulangi kekesalan itu. Gunakan setiap detik yang ada sepenuhnya. Luruskan niat menuntut ilmu kerana Allah. Ingatlah peluang seperti ini tidak datang dua kali!!

Wahai generasi dengarlah pesanan ini,
Bumi ini bumi bertuah;
Suburnya sesubur tanaman dilembah,
Melahirkan insan berjiwa tabah.

Kutiplah mutiara-mutiara indah,
Untuk bekalan diri berpindah;
Sebelum jejak kaki melangkah,
Sebelum penyesalan membawa padah.

( Rintihan Kalbu - Soutul mujahidin )
 
          Tirai 2010 ditutup dengan seribu kesyukuran dan sejuta harapan. Kuatkan diriku ini Ya Allah.